
Untuk 2 tahun berturut-turut manchester united (man utd) sekali lagi dapat masuk ke final Champion League setelah mengalahkan 'bayi-bayi' arsene wenger di stadium emirates. Kemenangan 3-1 ke atas arsenal di utara london memang membuatkan seluruh penyokong man utd berparti sakan. jaringan yang dilakukan oleh park ji-sung dan cristiano ronaldo (2) berjaya menutup mulut seluruh penyokong arsenal di stadium dan seluruh dunia. dan apa yang lebih tragis seorang penyokong arsenal di nairobi,kenya ditemui mati membunuh diri kerana terlampau kecewa dengan cara kekalahan arsenal di tangan man utd.
Mengenai perlawanan tempoh hari, persiapan kedua-dua pasukan cukup tersusun. Sir Alex Ferguson (SAF) dan wenger menyuarakan kemampuan pasukan masing-masing untuk mencipta kemenangan. Sebelum perlawanan, arsenal dah dapat bonus kerana penyokong-penyokong yang terlebih semangat sebelum wisel bermula. tapi pemain2 man utd tetap dengan gaya bersahaja dan kesannya pemain arsenal yang mengelabah sepanjang perlawanan kerana kekurangan pengalaman.
evra, rooney dan tevez perlu mengelak menerima kad kuning pada malam tu supaya tak digantung semasa final nanti
5 minit perlawanan memang arsenal nampak semangat melancarkan serangan ke kubu man utd. tapi disebabkan tahap vidic dan ferdinand yang memang terbaik di EPL, var persie dan adebayor tak dapat buat apa-ap

a. hasil satu serangan balas dan hantaran silang ronaldo, gibbs yang tak dapat mengawal brek terlajak ke depan dan park ji-sung mudah memperkotak katik almunia untuk gol pertama. selang 3 minit kemudian, hasil terjahan yang fabregas lakukan dekat ronaldo, ronaldo berjaya menyumbat gol dari sepakan percuma sejauh 41 ela.
semua pemain man utd memang perform malam tu. jentera tengah yang dikemudi oleh fletcher, anderson dan carrick memang menjadi sehingga fabregas dan song seperti tak ada fungsi langsung. evra juga memainkan peranan penting walaupun jarang naik keatas membantu rooney di sayap kiri.dia diberi tugas khas merantai pergerakan walcott. wenger orang yang paling kecewa apabila setiap kali bola dapat ke walcott mudah dirampas evra.walcott ditukarkan lepas separuh masa kedua.
separuh masa kedua man utd terus mengasak almunia melalui rangkaian ronaldo-rooney-anderson-park. sehingga minit 60 hasil satu sepakan penjuru arsenal,ronaldo memulakan satu serangan balas dengan menghantar bola ke park sebelum dilarikan dan dilorong kepada rooney.rooney yang memang aktif menghantar bola terus ke kaki ronaldo untuk menwaskan almuni untuk kali ke 3. minit 75 fletcher dibuang padang kononnya menjatuhkan fabregas dalam kotak penalti.tetapi rakaman menunjukkan fletcher tak bersalah.van persie bejaya menjaring kan gol saguhati untuk arsenal.walupun bermain 10 orang, man utd tetap bergaya melangkah ke final dan akan bertemu barcelona di final
perlawanan yang bagi aku cukup mengujakan setelah man ut tewas 1-2 sebelum ni semasa EPL. dan kepada penyokong-penyokong man utd,ramai-ramai kita raikan kejayaan ini sebelum final bermula..hahahaha..