Tuesday, June 30, 2009

Antonio Valencia sah milik Manchester!!!


Setelah sebulan desas-desus mengenai perpindahan permain sayap wigan ni ke united, akhirnya semalam secara rasminya beliau menandatangani kontrak selama 4 tahun dengan yuran perpindahan tidak diumumkan. tetapi dipercayai nilai perpindahan tersebut tidak kurang daripada 16 juta pound. pemain antarabangsa ecuador ini juga menandatangani kontrak sambil disaksikan ferguson sendiri dan david gill. satu sesi temubual telah diadakan selepas majlis tandatangan kontrak.

Valencia : Bermain untuk pasukan hebat dan mempunyai sejarah yang bagus seperti manchester adalah mimpi menjadi kenyataan kepada saya. saya suka bermain untuk wigan tetapi cabaran yang ada di sini adalah lebih mengujakan dan berharap untuk mendapat penghormatan tertinggi (menjulang piala). Bermain di hadapan 76,000 penyokong dengan menyarung jersi united disamping rooney, ferdinand dan giggs adalah pengalaman menakjubkan. saya tidak sabar untuk bermain.

No comments:

Post a Comment