
Mengenai perlawanan awal malam kelmarin walaupun aku tak sempat menonton secara live di astro, eurosport.com melaporkan pada separuh masa pertama man utd telah mendahului hasil sepakan percuma c.ronaldo (m-18) dan jaringan tevez (m-45). kesebelasan utama terdapat sedikit perbezaan daripada yang aku jangkakan kerana evra, giggs, fletcher dan tevez diturunkan bagi memberi dimensi kepada barisan red devils. walaupun city cuba bangkit diseparuh masa kedua, namun keupayaan benteng man utd untuk menghasilkan clean sheet cukup mengkagumkan untuk mematahkan serangan yang diketuai robinho, kompany dan ireland.
dalam perlwanan tersebut juga, fletcher telah menerima kad kuning menandakan dia memperoleh dua kad (1 merah, 1 kuning) dalam tempoh 5 hari. dan keputusan dia boleh beraksi di final champion league masih belum diputuskan.
Perlawanan derby ini juga sebagai tindakbalas terhadap kemenangan liverpool di upton park sehari

dengan baki tinggal 3 perlawanan, peluang untuk mendakap kejuaraan EPL sangat cerah. namun pemain harus fokus dan meneruskan rentak cemerlang dalam baki saingan. kepada penyokong-penyokong liverpool diharap tidak kecewa kerana trofi EPL akan ke old trafford buat kali ketiga berturut-turut.
No comments:
Post a Comment