Thursday, May 21, 2009

EPL 37 : Juara Liga Perdana Inggeris 08/09

Misi tercapai. walaupun agak terlewat post kali ini sebab aku berada di kuala lumpur untuk bercuti, kejayaan red devils tetap diraikan.keputusan seri tanpa jaringan bertemu arsenal di old trafford memastikan man utd merangkul piala ketiga musim ini iaitu Liga Perdana Inggeris. sekaligus menobatkan red devils sebagai pasukan terbaik england untuk kali ketiga berturut-berturut.

terdapat satu sahaja perbezaan kesebelasan utama yang diturunkan berbanding barisan jangkaan aku apabila tevez bermain dan park direhatkan dibangku simpanan. permainan 90 minit untuk kedua-dua pasukan agak berhati-hati apabila tiada banyak percubaan bahaya yang dilakukan. mungkin kebanyakan pemain man utd cuba untuk mengelak daripada kecederaan menjelang perlawanan akhir liga juara-juara eropah nanti. tentang perlawanan malam itu, tidak banyak yang aku boleh komen kerana barisan pertahanan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan hanya seorang penyerang yang digunakan (tevez). walaupun tevez mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa kedua ketika hanya berhadapan dengan fabianski, namun ruang yang agak terhad membantutkan usaha beliau. barisan tengah yang diterajui oleh giggs, carrick dan fletcher agak terhad pergerakan mereka namun berjaya mengawal pemain-pemain arsenal seperti arshavin,nasri dan fabregas daripada menembusi bahagian pertahanan man utd.

tamat perlawanan, seluruh old trafford bersorak gembira setelah pasukan kesayangan kita sah menjadi juara sekaligus mengenepikan cabaran dua pasukan di bawah iaitu liverpool dan chelsea.kekecewaan benitez jelas terpancar apabila keengganan beliau mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya iaitu sir alex ferguson. kejayaan liga ke 18 ini menyamai pencapaian liverpool yang kali terakhir menjuarai liga pada tahun 1990. ferguson berjanji akan melepasi angka 18 pada tahun lepas dan menjadi pasukan paling unggul di england.

disini aku sertakan link untuk highlight match tempoh hari dan upacara penyampaian trofi yang tidak ditunjuk live di espn tempoh hari

Manchester United vs Arsenal 1st Half (GigaSize.com)
Manchester United vs Arsenal 2nd Half - Part 1 (Rapidshare)
- Part 2 (Rapidshare)
Acara penyampaian trofi (odsiebie)

No comments:

Post a Comment