Sekali lagi tumpuan terarah di Stadium JJB awal pagi khamis ini dengan pertemuan red devils dan wigan. memori mendakap piala EPL pada tahun lepas pastinya masih segar dikalangan peminat seluruh dunia. dan sekali lagi man utd perlu melaksanakan tugas yang serupa untuk mencerahkan peluang mendakap trofi di old trafford ketika bertemu arsenal pada sabtu ini. dengan rekod pertuam jelas memihak ke atas pasukan man utd sejak wigan dibimbing paul jewell seluruh perhatian peminat pasti terarah pada perlawanan ini.
wigan juga bukan berada pada prestasi terbaik kerana hanya mengutip 4 mata pada 6 perlawanan terakhir liga dan kemenangan terakhir dicatatkan pertemuan dengan hull city lepas. berbeza dengan man utd yang telah menjaringkan 15 gol dan mencatatkan 6 kemenangan dalam 6 perlawanan terakhir pada semua kejohanan.
Untuk preview malam nanti, ini adalah jangkaan aku secara personal
Barisan kemungkinan :

Pertahanan : permukaan padang yang tidak rata di stadium JJB memang mengundang masalah bagi banyak pasukan yang berkunjung ke sini, jadi pertahanan yang kental akan diturunkan diketuai oleh vidic dan ferdinand. o'shea dah evra akan kembali memainkan peranan di tepi.
Tengah : ronaldo yang dikeluarkan pada awal permainan ketika bertemu city akan diberi peranan sekali lagi untuk menjaringkan gol. muncul sebagai pendahulu penjaring terbanyak epl ketika ini merupakan tonik terbaik untuk pasukan walaupun beliau memulakan kempen epl tahun ini dengan agak perlahan. park turut diturunkan untuk memberi tenaga tambahan selepas aksi bertenaga dipamerkan sejak-sejak ini. anderson dan carrick yang tidak beraksi pada perlawanan lepas pasti masih segar untuk meneruskan rentetan kemenangan man utd. diharap anderson dapat menjelmakan gol pertamanya untuk man utd sejak 2 tahun lepas.
Serangan : rooney akan kembali sebagai kesebelasan utama selepas sekadar masuk menggantikan ronaldo pada perlwanan lepas. dengan kontroversi yang masih melanda tevez berhubung kontraknya dengan man utd, dua gandingan ni sudah bersiap sedia untuk melancarkan serangan bertali arus di kubu wigan nanti
Pemain tumpuan : ronaldo dan tevez - selepas kontroversi membelenggu kedua-dua pemain walaupun berjaya menjaringkan dua gol ketika menentang city, mampukah mereka memberi tindak balas positif bagi menghasil keputusan kemenangan dan menghapiri kepada kejuaraan epl musim ini.
Jangkaan Keputusan Perlawanan : 0-2 (Rooney dan Giggs)
Keputusan dahulu: Manchester United 1-

No comments:
Post a Comment