Wednesday, May 13, 2009

Jose Rodolfo Pires Ribeiro Dodo dipancing Red Devils


man utd dilaporkan telah berjaya mengikat Jose Rodolfo Pires Ribeiro Dodo (Dodo) iaitu pemain pertahanan bawah 17 tahun brazil dengan nilai mencecah 6 juta pound. pemain ini akan menyertai united pada februari 2010 menurut satu kenyataan.beliau yang turut memegang pasport portugal memudahkan lagi urusan perpindahan ke red devils.pemain muda corithians ini penuh yakin dapat menyesuaikan keadaan di man utd kerana adanya rakan senegara seperti anderson, rafael, fabio dan possebon.selain itu c.ronaldo juga boleh membantu beliau kerana kedua-duanya bertutur dalam bahasa portugis.
Keupayaan beliau selaku pemain pertahanan tengah kiri mampu menguji keupayaan beliau untuk mengisi tempat ferdinand pada suatu masa nanti. visi sir alex ferguson untuk menguatkan barisan mudanya semakin tercapai kerana setakat ini barisan pertahanan man utd yang diterajui pemain muda kelihatan begitu ampuh diketuai oleh evans, rafael dan fabio. beliau memulakan karier bola sepak pada umur 11 tahun dengan menyertai kelab brazil, cruzeiro selama tiga tahun sebelum berpindah ke corithians pada tahun 2007.

No comments:

Post a Comment