Pertembungan tradisi yang sering ditunggu-tunggu peminat bola sepak seluruh dunia.walaupun arsenal pada musim ini bukanlah dilihat sebagi calon utama dalam perebutan kejuaraan liga, namun perlawanan ini akan menentukan nasib man utd dalam merangkul trofi liga untuk kali ketiga berturut-turut dan ke sebelas dalam tempoh pengendalian sir alex ferguson. pertemuan kedua-dua pasukan sering mencetuskan kontroversi sehingga berlaku pergaduhan. namun pada malam ini, man utd perlu berhati-hati kerana wenger menyuarakan untuk membuktikan sesuatu selepas mencatatkan dua kekalahan berturut-turut di gelanggang emirates sebelum ini. pasukan kita masih segar dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas arsenal dalam kempen eropah dan diharap mereka dapat mengulangi persembahan mantap diterajui kapten ryan giggs.sekaligus menyebabkan pesta diseluruh manchester dan dunia amnya meraikan kejuaraan liga ke 18.
Untuk preview game malam ini, kemungkinan kesebelasan utama yang diturunkan ialah
Barisan Kemungkinan:

Pertahanan : rio ferdinand yang masih cedera di pergelangan kaki akan digantikan sekali lagi oleh evans. walaupun persembahan yang agakn goyah pada pertemuan lepas, evans yang mempunyai pertimbangan bola yang cukup bagus mampu bergandingan dengan vidic. o'shea dan evra sekali lagi akan menjadi harapan melakukan overlap seperti yang dilakukan o'shea minggu lepas sehingga menjelma gol kemenangan man united.
Tengah : Diketuai oleh giggs, barisan tengah yang ampuh pasti akan menenggelamkan barisan muda arsenal seperti fabregas, nasri dan denilson.dan yang lebih penting mengelak arshavin dari memegang bola terlalu lama. fletcher walaupun jarang diturunkan, beliau akan setiasa bermain untuk pertemuan penting. aksi mantap ketika bertemu chelsea (menang 3-0) dan arsenal (menang 3-1) menjanjikan usaha yang tidak mengenal putus asa daripada kapten scotland ini. ronaldo dan park terus diberi kepercayaan dibahagian sayap selepas kedua-dua pemain ini meleburkan impian arsenal dipentas eropah
Serangan : Tevez bakal memanaskan bangku simpanan sekali lagi.dengan gelaran solskjaer v2.0 tevez sesuai digunakan pada saat-saat genting untuk mengubah corak permainan man utd. rooney akan bertindak sebagai penyerang tunggal disokong oleh giggs dan ronaldo yang mampu mengubah posisi pada bila-bila masa.
Pengadil : Mike Dean
Pemain Tumpuan : Carlos Tevez - Beliau mungkin hanya memanaskan bangku simpanan, tetapi sumbanganya cukup besar untuk pasukan.dua jaringan dalam dua perlawanan terakhir cukup menjamin tempat beliau didalam pasukan pada musim hadapan.
Jangkaan Keputusan Perlawanan : 3-1 (rooney,ronaldo,tevez)
Keputusan Dahulu : 2-1 (Rafael)

No comments:
Post a Comment