Friday, May 8, 2009

Manchester 'The Red Devils' United vs Manchester City

Tempat: Old Trafford Tarikh: Ahad, 10 Mei Sepak mula: 2030 waktu Malaysia

Pertemuan
derby dua pasukan manchester ini adalah untuk kali ke 151 dan yang ke 140 untuk pertemuan liga semenjak tertubuhnya kedua-dua kelab. pertemuan ini bolehlah dikatakan sebagai misi membalas dendam man utd di atas kekalahan musim lepas di stretford end. semua peminat man utd pasti menanti-nanti perlawanan yang dikategorikan sebagai 'Big Four Match' ini.city adalah pasukan yang dibenci oleh peminat-peminta man utd di seluruh dunia kerana tahap perasan peminat-peminat city sendiri. walaupun jarak old trafford dan eastland hanyalah 8 kilometer, tetapi pencapaian city jauhnya beribu-ribu kilometer berbanding man utd.

Untuk perlawanan malam ahad nanti, aku nak preview sedikit tentang perkembangan man utd

Barisan kemungkinan :




Penjaga Gol : Aku tak rasa yang ferguson akan mengantikan van der sar dengan foster sebagai kesebelasan utama nanti. sebabnya perlawanan ini penting untuk man utd mengutip tiga mata penuh untuk memburu kejuaraan EPL .dengan aksi konsisten yang dipamerkan penjaga gol terbaik EPL musim ini, khidmat dia sangat ditagih untuk mengawal gol dari dibolos robinho dan ireland.


Pertahanan : Khidmat ferdinand dan evra mungkin akan dilupakan seketika walaupun mereka cergas untuk bermain.mungkin sebab tangan evra yang masih berbalut disamping aksi hebat o'shea ketika ini memberi ferguson banyak pilihan di bahagian pertahanan kiri dan kanan. kita juga dapat mengingati kembali bagaimana fungsi berkesan rafael dalam mengekang robinho di eastland tempoh hari sehingga man utd berjaya mencatat kemenangan.evans yang mengantikan ferdinand tidak syak lagi merupakan bintang muda dalam pembikinan.sikap tenang mengawal pertahanan disamping tunjuk ajar dari sifu vidic, evans tidak akan mempunyai banyak masalah

Tengah : Ronaldo dan Park Ji-sung yang berjaya menenggelamkan arsenal tempoh hari pasti diberi tanggugjawab di sayap nanti, ferguson pasti gembira jika mereka dapat mengulangi persembahan bertenaga menentang city.untuk arkitek man utd, carrick dan scholes adalah pilihan yang tepat.scholes yang dapat cuti lebih sebab tidak diturunkan bertemu arsenal pasti memberi tenaga tambahan dan idea kreatif kepada man utd.dengan kelebihan merembat dari luar kotak penalti yang ada pada kedua-dua arkitek man utd ni, harapan menjaringkan gol adalah cerah

Penyerang : Walaupun tevez mungkin tidak diturunkan
sekali lagi sebagai kesebelasan utama, diharap rangkaian serangan daripada rooney dan berbatov dapat menjelmakan sesuatu.rooney yang tengah prestasi terbaik mungkin di letak sebagai pemain sayap kiri bertukar-tukar dengan ronaldo.

Pemain tumpuan : Cristiano Ronaldo - dua gol yang dilakukannya ketika menentang arsenal membuatkan ramai pihak merasakan dia telah kembali ke prestasi terbaiknya.
larian pantas, sepakan deras, dan skil yang ada ronaldo mampu mengecewakan peminat city

Jangkaan keputusan perlawanan : 2-0 (ronaldo, b
erbatov)

Keputusan dahulu : Machester City 0 - 1 Manchester United (Rooney)


No comments:

Post a Comment