Tuesday, June 30, 2009

Antonio Valencia sah milik Manchester!!!


Setelah sebulan desas-desus mengenai perpindahan permain sayap wigan ni ke united, akhirnya semalam secara rasminya beliau menandatangani kontrak selama 4 tahun dengan yuran perpindahan tidak diumumkan. tetapi dipercayai nilai perpindahan tersebut tidak kurang daripada 16 juta pound. pemain antarabangsa ecuador ini juga menandatangani kontrak sambil disaksikan ferguson sendiri dan david gill. satu sesi temubual telah diadakan selepas majlis tandatangan kontrak.

Valencia : Bermain untuk pasukan hebat dan mempunyai sejarah yang bagus seperti manchester adalah mimpi menjadi kenyataan kepada saya. saya suka bermain untuk wigan tetapi cabaran yang ada di sini adalah lebih mengujakan dan berharap untuk mendapat penghormatan tertinggi (menjulang piala). Bermain di hadapan 76,000 penyokong dengan menyarung jersi united disamping rooney, ferdinand dan giggs adalah pengalaman menakjubkan. saya tidak sabar untuk bermain.

Friday, June 26, 2009

Lagi Gambar Terbaru Jersi Manchester 09/10



Secara rasminya, inilah jersi yang akan disarungkan oleh Red Devils untuk musim hadapan. ianya simbolik kepada ulangtahun ke 100 old trafford. pada musim 1909/1910, pasukan united telah memakai jersi yang hampir serupa untuk musim hadapan dgn lambang huruf 'V' di dada. terdapat label kecil yang ditulis 'the theatre of dreams since 1909' merujuk kepada tahun terbinanya stadium keramat united iaitu old trafford

Wednesday, June 24, 2009

Jersi terbaru United 09/10


Gambar ni diambil dari forum peminat di laman web rasmi manchester..ianya menunjukkan park ji sung yang juga merupakan ketua pasukan korea selatan memperagakan aksi sambil memakai jersi terbaru..walaupun jersi pasukan bagi musim 09/10 belum diumumkan, gambar ni mengukuhkan lagi corak baru jersi pasukan

jersi ini direka sebagai simbolik 100tahun old trafford pada tahun hadapan...difahamkan,jersi ini akan mula dirasmikan untuk pertama kalinya ketika manchester bertemu pasukan malaysia di bukit jalil nanti...perkembangan terbaru akan diumumkan kemudian...